Quantcast
Channel: Susu Sejat! – Blog gaya hidup mantap.
Viewing all articles
Browse latest Browse all 57

Shake kurma pengembali tenaga!

$
0
0

Susu kurma untuk berbuka puasa @ selepas workout!

Sejak beberapa hari lepas, ramai yang memperkatakan tentang manfaat hidangan susu kurma sebagai juadah berbuka atau penutup sahur. Bukan saja sudah viral di media sosial, tapi kalau korang perasan, dalam iklan susu satu-jenama-terkemuka pun ada sebut. Alaa, yang ada Aaron Aziz tu.

susu-kurma

Ini mengingatkan saya kepada beberapa entri minuman pengembali tenaga yang pernah saya tulis dahulu (link di akhir entri). Justeru saya pun tak terlepas juga untuk terpengaruh.

Tapi saya ada cara saya sendiri untuk memastikan susu kurma ini menjadi lebih nutritious. Nak tahu apa yang saya buat?

Bersesuaian dengan tema Ramadan, saya guna resepi yang sama (susu + kurma), cuma saya tambahkan satu lagi ramuan dalam hidangan pengembali tenaga ini: protein whey. Saya dah cuba beberapa kali resepi ini sebagai hidangan ketika berbuka dan juga selepas workout. Sumpah, sedap gila!

Untuk tidak mengecewakan pembaca semua, saya kongsikan sikit cara nak buat shake kurma pengembali tenaga ni. Tak susah pun, tak sampai 5 minit boleh siap dan terus minum (tapi pastikan dah masuk waktu maghrib ya!).

1

Bahan-bahan yang diperlukan adalah susu rendah lemak, 3-5 biji kurma, dan 1-2 scoop protein whey perisa vanila. Betul, hanya 3 bahan ini sahaja diperlukan untuk mendapatkan hidangan susu kurma yang sedap lagi nutritious.

Untuk protein whey kali ini, saya gunakan Hydro Whey (Vanila) keluaran syarikat bumiputera tempatan, Mesotropin. Protein whey keluaran Mesotropin ini telah mendapat sijil halal dari Jakim dan harganya juga amat berpatutan.

Penggunaan 3 bahan di atas mampu memenuhi keperluan glukosa dan protein pada waktu-waktu kritikal seperti ketika bersarapan pagi, berbuka puasa atau selepas bersenam. Dalam ketiga-tiga waktu ini, bukan sahaja gula darah kita adalah rendah, tetapi keseimbangan nitrogen adalah negatif (petanda kita perlukan protein). Sebab itu saya menggelarnya sebagai ‘waktu kritikal’.

Baiklah. Tanpa banyak bicara, jom kita tengok langkah-langkah penyediaannya.

2

Terlebih dahulu, buang biji kurma tersebut. Pilih kurma yang lebih lembut (i.e kurma bertangkai keluaran UAE). Berapa biji kurma yang hendak digunakan itu pilihan masing-masing, tapi digalakkan memilih dalam angka ganjil untuk ikut sunnah nabi.

Untuk panduan umum bilangan kurma yang hendak digunakan, boleh ikut guideline berikut:

3 biji (21g karbohidrat) = sesuai untuk wanita yang kurang aktif

5 biji (37g karbohidrat) = sesuai untuk lelaki atau wanita aktif (kapasiti glycogen lebih besar)

7 biji (52g karbohidrat) = untuk selepas ‘heavy workout‘ atau ketika badan TERLALU LETIH

Untuk resepi ini, saya guna 5 biji kurma.

3

Pada yang nak rasa susu kurma lebih smooth/licin, boleh buang selaput kurma seperti dalam gambar di atas. Yang sukakan lebih serat macam saya, jangan buang selaput ni, kisar sekali.

4

Bila dah buang biji kurma tadi, bolehlah direndam dalam air panas/suam untuk 3-4 jam. Contoh kalau nak sediakan susu kurma ni untuk juadah pertama ketika berbuka, bolehlah rendam kurma ni sekitar jam 3 petang.

5

Ketika nak kisar, masukkan kurma yang direndam tadi dengan airnya sekali.

6a

Kemudian, masukkan kira-kira satu gelas (200mL) susu rendah lemak. Kalau nak guna susu segar atau susu kambing pun boleh. Tapi untuk penyerapan nutrien yang pantas ketika berbuka atau selepas bersenam, saya sarankan guna susu rendah lemak atau susu skim.

8

Seterusnya, masukkan 1-2 scoop protein Hydro Whey. Hydro Whey Mesotropin yang telah hydrolyzed ini lebih mudah dan pantas di serap ke dalam badan justeru amat sesuai diambil ketika berbuka puasa, sarapan atau selepas bersenam.

(Nota: 1 scoop yang comel macam dalam gambar ni mampu membekalkan kira-kira 21g protein. Saya guna 1 scoop)

7

Platinum Hydro Whey by MESOTROPIN! – perisa Vanila

9

Bila dah masukkan ketiga-tiga bahan tadi, tunggu apa lagi…

9b

…kisar!!!

10

Akhirnya siap sudah susu kurma berprotein tinggi kita. Dengan resepi yang dinyatakan seperti di atas, bolehlah dapat dalam 1 gelas penuh macam dalam gambar ni.

11

Untuk 1 gelas seperti di atas, komposisi nutriennya adalah seperti berikut:

Kalori:             360kcal
Karbohidrat:    54g 
Protein:           29g
Lemak:             3g

Dengan maklumat di atas, bolehlah dikatakan susu kurma ini lebih nutritious dan seimbang makronutriennya (nisbah karbohidrat:protein = 2:1).

Dari segi rasa? Tak dinafikan amat sedap. Kombinasi yang memberikan rasa seakan-akan horlick madu bersulamkan vanila. Tambah-tambah kalau disejukkan dahulu… perghh! Penambahan protein Hydro Whey juga telah membuatkan teksture susu kurma versi ni lebih pekat dan creamy!

Selamat Mencuba!

Nota 1: Korang boleh diversify resepi ini dengan menggunakan bahan-bahan lain mengikut citarasa masing-masing, seperti penambahan kismis, buah berry, serbuk kayu manis dan ais. Semuanya dikisar sekali.

Nota 2: Resepi shake kurma berprotein tinggi gaya SS ni telah dibawakan khas kepada anda oleh Mesotropin. Terima kasih Mesotropin!

Lain-lain entri “minuman pengembali tenaga” versi tahun 2010 dan 2013:

1 – Persediaan bersenam: Minuman pengembali tenaga (2010)
2 – “Karot Susu” rendah kalori, tinggi protein (2010)
3 – Post-workout shake: Rasanya seperti aiskrim vanilla cair! (2013)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 57